Tuesday, 22 November 2011

Sebuah pengertian....

Mira,sungguh ku tidak sedar akan kemurnian dan ketulusan hatimu..Selama ini aku hanya mengambil giliran untuk melukakan hatimu,namun engkau tidak pernah menyimpan dendam terhadapku...


Pada suatu ketika,kita bersama-sama telah belajar di Asrama Puteri dimana aku sering menghina akan kemiskinanmu...sesungguhnya aku cemburu terhadapmu Mira,kerana engkau memiliki sebuah keluarga yang bahagia,tetapi aku...amat terseksa melalui liku-liku hidup ini...

Ibu bapaku langsung tidak menghiraukanku..Apa yang mereka berikan hanyalah beratus-ratus wang ringgit yang tidak bermakna dengan setitis kasih sayang....Ayahku ialah usahawan manakala ibuku pula ialah Pengerusi Persatuan Wanita.Mereka begitu leka mengejar wang ringgit,sehingga lupa akan kewujudanku..

Disebabkan diriku amat tertekan,haluan hidupku berubah arah...Aku menjadi liar dan sentiasa didampingi teman-teman lelaki yang hanya ingin merebut kekayaanku..
Pada suatu hari,Jeffry menghulurkan sebatang rokok kepadaku...
" Nah!Ambillah Mas,benda ni ada power yang mengkhayalkan...dengan ini..lenyaplah segala tekanan yang engkau lalui "


"Betul ke?Tapi aku takutlah Jeff,Kalau ibubapaku tahu nanti....."


Belum sempat aku menamatkan kata-kataku...


"Ha!Ha!engkau ni pandai buat lawaklah Mastura,ibubapa engkau kan tak pedulikan kau...Nampak gaya..ini jelah ubat kau buat masa ni..."
Kata-kata yang diujarkan oleh Jeff membuatkan diriku bertambah tertekan.Tanpa membuang masa,aku mencapai rokok yang dihulurkan.


Aktiviti harian hidupku mula berubah.Ramai teman wanita dikelasku amat benci akan sikapku ini yang mulai ponteng kelas,berkasar dengan guru-guru dan hanya berdamping dengan budak lelaki...
Wajahku yang tenang...kini berubah menjadi pucat...Kuku kelihatan kuning dan nafas mula berbau....aku malu melihat..wajahku sendiri di cermin...
Air mataku ringan mengalir dipipiku..hatiku merintih ingin kembali ke pangkal jalan...


Dengan langkah yang longlai, aku mengatur langkah ke teman baikku Linda...
Linda,berilah Mas peluang kedua,Mas ingin bertaubat.......

Hai!Peluang kedua konon..Kau masih merokok lagi  Mas..jangan ikut aku lagi boleh tak..aku frust tengok muka kau...


Linda,buat masa ni,engkau sahajalah teman baikku..bawalah aku ke pangkal jalan..


Sudah Mas..jangan ganggu Linda lagi..Linda jijik tengok Mas!


Linda terus berlalu tanpa menghiraukan Mas yang masih tercegat disitu..


Di saat itu,Mas tidak dapat tahan lagi.pipinya terasa hangat dibasahi air matanya...Tiba-tiba Mastura terasa seperti bahunya disentuh...


Mas belum terlambat lagi..Mira boleh bimbing Mas ke pangkal jalan...


Oh Mira!!...kata Mas terus memeluk Mira...

Seringkali kita tidak menghargai apa yang kita miliki kerana dikaburi dengan ego...
tetapi.. bukan semua memiliki sahabat seperti Mira...


Oleh itu,berwaspadalah dengan segala ayat yang dituturkan...agar tidak membawa padah kepada diri sendiri...








No comments:

Post a Comment